Jumaat, 29 Januari 2016

EAGLE THE DOUBLE

Eagle The Double adalah salah satu benda di dunia yang paling langka dan paling dicari kolektor koin, Double Eagle tahun 1933 yang dijual di rumah lelang Sotheby di New York pada 2002, tercatat $ 7.59 juta. Koin tersebut pernah hilang, jatuh ke tangan seorang raja Mesir dan kemudian ditemukan oleh agen yang menyamar layanan rahasia di New York.

KEPENTINGAN MENYIMPAN EMAS

Lima sebab utama untuk menyimpan dan mempertahankan emas di sebalik penurunan harga sejak dua tahun lepas.

1. Terbukti sebagai alat penampan bagi membendung inflasi.

2. Melindungi kekayaan sekiranya sistem ekonomi sedia ada tumbang.

3. Bekalan emas dunia yang bakal mengalami masalah pengeluaran akibat dari kekurangan bekalan.

4. Emas sebagai penyimpan nilai secara fitrah dulu kini dan selamanya.

5. Harga Emas yang menjunam tidak pernah membuatkannya hilang nilai.

50 FAKTA TENTANG EMAS

June 29th, 2010Dari AkhbarHargaemas 5 Comments

elemen emas aurum1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
ketulan emas, butiran emas8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
15. Emas adalah logam peralihan
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
Cesium, 55
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
hitler42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
*saya pernah menerima soalan berkenaan kualiti emas yang perlu digunakan untuk mengira jumlah derma dalam adat bercukur orang melayu, nilai emas yang digunakan adalah emas 916 (Rasuluallah lahir tahun 507m, dan empayar sekitar Madinah dan Mekah menggunakan wang dinar emas (22k)
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

GOLD FACT

Sabtu, 23 Januari 2016

KENAPA KITA PERLU MENYIMPAN EMAS

1) EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana: 1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya. 2. Emas tidak boleh dibinasakan. 3. Tahan lasak. 4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. 5. Ia sukar diperoleh. Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. Emas sifatnya berbeza dengan benda lain,ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai. 2) HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas. Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan, bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu. 3) NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata. Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun. Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540). 4) ASET YANG TERUNGGUL Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) TIDAK BOLEH DIMANIPULASI Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah: 1. Kerajaan Perancis –tahun 1715 2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923 3. Hungary 1945-1946 4. Chile 1971-1981 5. Peru 1988-1991 6. Angola 1991 – 1999 7. Yugoslavia 1992-1995 8. Belarus 1994-2002 9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994 10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001 11. Zimbabwe 2000-2009 Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata peganglah sabda Nabi SAW : “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. - See more at: http://www.harimaumintgold.my/portal/kesedaran-emas/#sthash.HFgDka4B.dpuf

MARI BERZAKAT


USAHAKAN