Sabtu, 2 Januari 2016

EMAS

Assalamualaikum wbk dan salam sejahtera

Emas..

       Banyak perumpamaan yang berkaitan dengan emas seperti Masa itu emas, Berharga seperti emas, Suara emas dan sebagainya.  Perlambangan ini menunjukkan betapa emas mempunyai nilai estatikanya yang tersendiri.  Sabda Rasulullah s.a.w , " Ummatku apabila diberi dua jurang emas, maka pasti mereka mahu satu jurang emas lagi".  Emas ... satu nilai yang utuh dan telah digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

      Namun begitu, sejauh mana kesedaran kita tentang nilai matawang ini ?  Sejauh mana kita menghayati nilai estatika emas itu sendiri sebagai matawang?  Emas matawang negara tertentukah? atau emas matawang dunia? Ya..emas matawang dunia.  Wang negara kita tidak laku di negara asing tetapi emas diterima di mana-mana negarapun.  Bukankah ini satu bukti akan nilainya yang tidak dapat dipertikaikan lagi?

     Satu ketika dahulu, saya terbaca artikel tentang emas.  Timbul kesedaran dalam diri saya untuk menyimpannya (bukan emas barang kemas tetapi emas fizikal).  Namun saya tidak tahu sumber mana saya boleh dapatkannya.  Dalam internet ada banyak sumber tetapi saya masih kurang kekuatan untuk bertindak.  Sehinggalah suatu petang, di pejabat saya..saya terlihat satu pamplet di atas meja tertera perkataan '1gram 1bulan'.

      Saya baca isi kandungannya dan kekuatan dalam diri timbul.  Saya segera bertindak hubungi Dr.Nurul Farhanah (no tel tercatat pada pamplet :016-7183841).  Maka bermulalah era menabung emas dalam hidup saya.  Subhanallah... maaf kalau terlalu obses dengan perumpamaan yang akan saya nyatakan berkenaan emas.  Sebaik menerima emas pertama saya secara 'by hand' daripada Dr Nurul, petang itu saya terduduk.  Saya berkata dalam hati..." Lama dah aku berkhidmat sebagai pendidik...aku dapat gaji...aku dapat duit....Selama ini aku tak pernah rasa berduit walaupun ada duit.  Walau dengan nilai 1 gram emas...saya dapat rasa yang saya berduit...Subhanallah..."

     Emas...
     Nilai estatikamu sungguh tinggi

    Bentuk-bentuk emas fizikal:















Tiada ulasan:

Catat Ulasan